INFO SEKOLAH

INFO SEKOLAH



SEJARAH SJK (C) AIK MIN



Sekolah ini ditubuhkan dalam Tahun 1929. Pada masa itu, ia dikenali dengan nama Sekolah Rendah Cina Song Keow. Namanya ditukar pada bulan Januari 1964 kepada SJK (C) Aik Min dan kekal sehingga sekarang.

Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dengan jarak 25 kilometer dari bandar Alor Star. Sekolah ini mempunyai keluasan 2.13 ekar keseluruhannya. Sekolah ini dilengkapi dengan segala kemudahan asas dan sebuah dewan besar  telah siap dibina pada tahun 1997.

Sekolah ini telah dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan jumlah murid sebanyak 21 orang pada tahun 2011.  Kakitangan sekolah ini seramai 10orang termasuk guru besar, 6 orang guru, seorang guru pemulihan, seorang guru agama dan seorang kerani. 3orang pekerja kebersihan swasta dari syarikat Gemilang Ria Enterprise dan 3 orang pengawal keselamatan swasta dari syarikat Tiara Force.





No comments:

Post a Comment